Monday 12 December 2011

VIDEO

Lagu 1Malaysia


Lagu Budi Bahasa

Surat Seorang Ibu

 
Adab Berhari Raya.

Jati Diri (wajib tonton)


Sunday 4 December 2011

TIGA KAUM UTAMA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

KAUM MELAYU
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu

KAUM CINA
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

KAUM INDIA 
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Saturday 3 December 2011

ADAT RESAM


Adat resam ialah adat yang diwarisi secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum.Kita harus menghormati adat resam agama lain demi memupuk keharmonian Negara

MASYARAKAT MELAYU

- Masyarakat Melayu begitu memegang teguh kepada adat kerana mempunyai kesan dalam kehidupan.

- Terdapat tiga peringkat di mana adat resam dijadikan kepercayaan iaitu :
  • kelahiran
  • perkahwinan
  • kematian

- Masyarakat Melayu mengamalkan adat resam yang unik di peringkat kelahiran iaitu :
  • melenggang perut
  • memberi nama
  • mencukur rambut
  • berkhatan

- Dalam peringkat perkahwinan, adat yang dilakukan ialah :
  • merisik
  • meminang
  • bertunang
  • berinai


MASYARAKAT CINA

- Masyarakat Cina juga mempunyai adat resamnya yang tersendiri iaitu :
  • berpantang
  • mencukur rambut
  • memberi nama

- Masyarakat Cina beranggapan warna merah merupakan warna bertuah bagi mereka


MASYARAKAT INDIA


- Masyarakat India mengamalkan banyak upacara yang merupakan warisan adat resam mereka iaitu :
  • upacara menanggalkan thali pada hari kematian suami
  • upacara Karumaati
  • Kalic Cati

PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA


HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan perayaan utama bagi penganut agama Islam di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hari Raya disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Pada Hari Raya, umat Islam digalakkan bermaaf-maafan antara satu sama lain terutamanya untuk anak-anak kepada kedua ibu bapa.


TAHUN BARU CINA





Tahun Baru Cina merupakan sambutan perayaan bagi kaum Cina sebagai meraikan kehadiran Tahun Baru mengikut kalendar Cina. Mengikut kalendar Cina, tahun2 dibahagi sebanyak 12 mengikut nama haiwan yang melambangkan maksud tertentu sesuatu tahun itu. Pada perayaan Tahuan Baru Cina, pelbagai upacara diadakan seperti tarian naga dan antara amalan popular masyarakat Cina adalah 'ang pow' atau duit saku yang diletakkan didalam sampul berwarna merah.



HARI KRISMAS




Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun di seluruh dunia. Pada hari ini, penganut agama Kristian mengambil peluang mengunjungi gereja. sambutan perayaan ini disertai dengan kemeriahan seperti lampu, pokok krismas, dan juga amalan memberi hadiah kepada keluarga dan sahabat handai. Hari krismas juga popular dengan mitos 'Santa Claus' bagi kanak-kanak.



DEEPAVALI





Hari Deepavali juga dikenali dengan Hari Diwali ataupun pesta cahaya yang disambut oleh penganut agama Hindu. Deepavali disambut pada hari ke 14 Aipasi dalam kalendar Tamil. Pada hari ini,Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.