Sunday 27 November 2011

TAHUN 5: TEMA 4- ALAT MUZIK KEBANGGAAN KITA.

ALAT MUZIK MELAYU

GAMELAN
Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan seterusnya ke Terengganu.

Alat-alat gamelan:


BONANG:
Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.
GAMBANG:
Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak.


KENONG:
Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang.

SARON
Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

GENDANG:
Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang.



GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.

****************************************************************
*************************


NOBAT


Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum.

ALAT-ALAT NOBAT:
SERUNAI

Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan.
GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK






Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.

NAFIRI

Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan berbunga-bunga.
GONG

Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘ cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar.


NAKARA
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.
****************************************************************************
************************************

ALAT MUZIK INDIA
KANJIRA




Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.


CHENDA


Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.


MRDANGAM

Mrdangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai. Pemain akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, manakala memalu permukaan besar dengan tangan kiri. Mridangam diletakkan di atas kaki kanan dan buku lali.Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta bertentangan dengan badan pemain.



VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.


SARASWATI VEENA



Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.
ALAT MUZIK KLASIK INDIA YANG LAIN, ANTARANYA:



******************************************************************
**********************************

ALAT MUZIK CINA






ERHU

Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional China. Erhu bersejarah lama, ia mucul pada destinasi Tang iaitu abad-7 hingga abad-10 dan popular di kawasan penempatan kaum minoroti di sebelah barat laut China pada masa itu. Dalam sejarah perkembangan selama lebih seribu tahun, Erhu selalu dimain sebagai alat muzik irama.
Erhu sepanjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas.
Selepas tahun 1949, penbuatan, pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat kemajuan. Ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain sebagai alat muzik irama.
GENDANG

Gendang merupakan alat muzik pukul yang sering dimainakan di China. Berdasarkan galian yang ditemukan dapat ditentukan gendang telah bersejarah selama kira-kira 3000 tahun. Pada purbakala, gendang bukan saja dimainkan semasa mengadakan sembahyang atau persembahan nyanyian dan tarian, akan tetapi itu juga digunakan untuk mengarahkan tentera, menghiraukan haiwan, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm. Sampai kini, penggunaan gendang semakin luas, itu sering digunakan dalam orkes alat muzik tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara perayaan, pertandingan dan lain-lain. Gendang terdiri daripada kulit dan badan, kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan, dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. Bahagian dalam gendang ialah kosong, kedua-dua hujungnya kecil seditik berbanding bahagian pertengahan badan gendang. Memukul kulit gendang, gentaran kulit gendang akan mengakibatkan gendang berbunyi.


GONG

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong diperbuat daripada logam, badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.

YANGQIN


Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.


ALAT MUZIK KLASIK CINA YANG LAIN, ANTARANYA:

RUAN SHENG



GUZHENG DIZI




PIPA SIMBAL











1 comment: